Assalamualaikum kepada para pembaca...Minta maaf sekiranya saya terlalu lama meninggalkan blog ini kerana saya sedang menuntut di perantauan...Siapa yang membaca Metro Ahad yang bertarikh 22 Januari 2012...'Headline'nya yang bertajuk "Wanita Jadian RM 70,000"...Ingatkan cerita pasal apa...Rupa-rupanya pasal pondan atau mak nyah...Mesti ada yang tertanya-tanya,apa kaitannya dengan tajuk ini,bukan?Sebenarnya,saya kesal...Golongan macam ni tak fikir ke tentang akhirat...Sedar tak sedar kita ni umat akhir zaman...
Bukan saya nak sembang la...Tapi sebagai orang Islam,kita mempunyai tanggungjawab kita yang tersendiri...Yakni,berdakwah dan menjadi khalifah di muka bumi ini...Saya sedar yang diri ini tidak semulia mana...Cuma amanah ini yang membuatkan saya untuk menulis dan mengajak umat-umat Islam yang membaca untuk sedar...Berkenaan surat khabar tadi,ada beberapa 'statement' yang agak melampau...Sebagai contoh,dia mendakwa bahawa dia menjalani pembedahan payudara,dahi,rahang,dagu dan kening untuk kelihatan cantik...Hasilnya,orang tak tahu membezakan yang mana lelaki dan yang mana perempuan...Selain itu,dia mendakwa bahawa dia diliwat oleh seorang jiran pada usia 10 tahun dan ber'mesra' dengan kaum sejenis yakni sepupunya setahun sebelum diliwat...Dia berkata yang perkara ini bukan berlaku secara paksa sebab dia memang menyukainya...Sampai macam tu skali pengakuan yang dia buat...
Dunia ni memang dah nak masuk akhir zaman...Sekarang ni,isu-isu berkaitan agama mula dipandang remeh...Isu lesbian,gay,zina dan bermacam lagi seolah-olah tak penting...Mengikut ilmu yang saya ada,kaum nabi Lut merupakan kaum yang dilaknat kerana mengamalkan gaya hidup songsang( gay dan lesbian )...Selain itu,akibat zina juga terlalu banyak diperlihatkan kepada manusia untuk dijadikan iktibar...Antaranya, kes anak luar nikah,pembunuhan bayi luar nikah,HIV,AIDS,Siflis dan berbagai lagi...Hukuman hudud relevan untuk diwujudkan di Malaysia atas masalah-masalah ini...Hudud bukannya hukuman yang kejam tetapi lebih kepada peringatan...Sebagai contoh,jika pasangan zina itu belum berkahwin maka perlu disebat sebanyak 100 kali tetapi jika salah seorang atau kedua-duanya sudah berkahwin tetapi masih melakukan zina,pasangan itu perlu direjam sampai mati...
Persolannya,kenapa pasangan yang sudah berkahwin ini perlu direjam sampai mati???Secara logiknya,jika salah seorang atau kedua-dua pasangan ini sudah berkahwin tetapi melakukan zina di luar pengetahuan pasangan mereka,hal ini telah dirujuk sebagai nusyuz atau menderhaka kepada pasangan mereka...Bukan itu sahaja,berbagai kesalahan lain akan dilakukan untuk menutup aib mereka seperti menipu,menderhaka kepada pasangan,rasuah agar hal ini tidak disebarkan dan berbagai lagi...Selain itu juga,pencuri atau penyamun juga akan dikenakan tindakan yang tegas seperti dipotong tangan...Perkara ini bukan bermaksud memisahkan tangan daripada badan tetapi dipotong di pergelangan tangan...Hal ini untuk memberikan pengajaran untuk masyarakat dan pencuri itu sendiri...
Hukuman hudud ini terlalu banyak untuk dijelaskan disini...Mohon para pembaca untuk berfikir dan mencari lagi ilmu kerana ilmu itu terlalu luas...Biarlah saya berhenti di sini...Mohon maaf sekiranya ada terlanjur bicara dan perkataan...Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu disandarkan atas diri saya sendiri...Sekian,assalamualaikum...