Thursday 31 May 2012

10 Pemain Bola Sepak Terkaya Di Dunia

1. David Beckham (England)


Nilai bersih AS$219 Juta (RM663 Juta) Kelab Sekarang Los Angeles Galaxy (Amerika Syarikat) Perjanjian sokongannya dengan Adidas merupakan yang terbesar dalam sukan hail royalti daripada pakaian dan perkakasan bola sepak disamping jenama gaya hidup seperti ObyO. Dia juga menandatangani perjanjian dengan Samsung untuk menjadi duta jenama antarabangsanya.

2. Cristiano Ronaldo (Portugal)

Nila bersih AS$160 Juta (RM484 Juta) Kelab sekarang Real Madrid (Sepanyol) Menggunakan laman sosial untuk mengembangkan jenamaya. Dengan 26 juta peminat Facebook, dua kali ganda daripada mana-mana pemain atlet lain dan 3 juta pengikut Twitter, mencipta daya tarikan buat penaja seperti Nike, Armani, Coca Cola dan Castrol.

3. Lionel Messi (Argentina)

Nilai bersih AS$110 Juta (RM333 Juta) Kelab sekarangBarcelona (Sepanyol) Dengan pendapatan tahunan AS$16 juta (RM 48 juta), dia baru-baru ini menjalinkan sokongan penajaan dengan Adidas, PepsiCo, Konami, Audemars Piguet, Chery dan AirEuropa. Gelaran pemain Terbaik Dunia miliknya, mulai menjelmakan pelbagai peluang penajaan. 

4. Kaka (Brazil)

Nilai bersih AS$100 Juta (RM300 Juta) Kelab sekarang Real Madrid (Sepanyol) pemain bersikap sederhana Brazil ini tampil pada kulit depan permainan video EA Sports FIFA Soccer II. Francais FIFA itu telah terjual 100 juta unit sekali gus menjadi antara permainan paling popular keluaran syarikat EA Sports.

5. Ronaldinho (Brazil)


Nilai bersih AS$90 Juta (RM272 Juta) Kelab sekarang Flamengo (Brazil) Kelab Flamengo Brazil mengambilnya sebagai bekas Pemain Terbaik Dunia dua kali ini dengan satu perjanjian yang bertempoh sehingga 2014.

6. Thierry Henry (Perancis)

Nilai bersih AS$60 Juta (RM181 Juta) Kelab sekarang New York Red Bulls (Amerika Syarikat) / Arsenal (England)(pinjaman)Biarpun perjanjian penajaan pemain Perancis berusia 34 tahun ini dengan Gillette berakhir dua tahun lalu, dia kemudian membeli sebuah apartmen di New York City yang berharga AS$14.9 juta (RM45 juta) selepas berpindah ke MLS, tahun yang sama.  

7. Wayne Rooney (England)


Nilai bersih AS$59 Juta (RM178 Juta) Kelab sekarangManchester United (England) Daripada menjadi rebutan penaja, dia menerima padah gara-gara sikap buruk di West Ham, tahun lalu sehingga kehilangan kontrak Coca-Cola bernila 600,000 pound (RM2.86 juta) setahun. Dia bagaimanapun mengikat perjanjian lima tahun di Old Trafford yang bernilai 8 juta pound (RM38 juta) setahun sekali gus melonjakkannya mengatasi pemain lain England.

8. Frank Lampard (England)


Nilai bersih AS$43 Juta (RM130 Juta) Kelab sekarang Chelsea (England) Pemain tengah England yang sukar merebut kesebelasan utamaThe Blues dibawah pengurusanbaru AndresVillas-Boas ini, beroleh gaji AS$11 juta (RM33 juta) sebagai pemain profesional.

9. Zlatan Ibrahimovic (Sweden)

Nilai bersih AS$43 Juta (RM130 Juta) Kelab sekarang Ac Milan (Itali) Pada musim panas 2009, dia berpindah ke Barcelona dengan 69 juta euro (RM275 juta), yuran perpindahan kedua tertinggi dalam sejarah bola sepak, namun hayat kariernya di kelab Sepanyol itu singkat dan terpaksa kembali ke Series A Itali musim berikutnya dengan nilai perpindahan 24 juta euro (RM95 juta). Pada musim luruh 2007, dengan bantuan Nike, dia membiayai pembinaan padang bola sepak baru dekat bandar halamannya, Rosengard yang dilengkapi pelbagai kemudahan.

10. Samuel Eto'o (Cameroon)


Nilai bersih AS$40 Juta (RM121 Juta) Kelab sekarang FC Anzhi Makhachkala (Rusia) Sepanjang tahun lalu, penyerang Cameroon ini sudah menambat Puma dan Ford sebagai penajanya. Pemain Terbaik Afrika empat kali ini menyertai Kelab Rusia itu dari AC Milan dengan perjanjian tiga tahun dan gaji tahunan, AS$28.8 juta (RM87 juta) serta yuran perpindahan, (RM117 juta)



8 Kelab Bola Sepak Eropah Paling Popular Di Dunia

1. Real Madrid

Real Madrid ditubuhkan pada tahun 1902.Kelab ini merupakan salah satu kelab terbaik pada abad ke-20 menurut FIFA.Kelab ini juga berjaya meraih 31 gelaran La Liga,18 gelaran Copa del Rey,8 piala Super Sepanyol,9 gelaran Liga Juara-juara Eropah,2 piala UEFA,1 piala Super Eropah dan 3 piala Interkontinental.

2. AC Milan
AC Milan telah ditubuhkan pada tahun 1899.AC Milan merupakan salah satu kelab paling berjaya di Itali dengan meraih gelaran juara lebih daripada 29 trofi.AC Milan juga mengenakan bintang sebagai tanda mereka berjaya memenangi lebih daripada 10 gelaran Serie A.Selain itu,kelab ini juga memakai lambang penghargaan UEFA pada jersi mereka kerana memenangi lebih daripada 5 gelaran Liga Juara-juara Eropah.

3. Juventus
Juventus telah ditubuhkan pada tahun 1897.Juventus merupakan kelab paling berjaya dalam sejarah Liga Itali (Serie A) dengan meraih 27 gelaran juara.Juventus merupakan kelab terbaik Itali pada abad ke-20 dan menjadi kelab terbaik Itali kedua di Eropah.

4. Barcelona
Barcelona telah ditubuhkan pada tahun 1899.Barcelona berjaya meraih 21 gelaran Liga Sepanyol (La Liga),25 gelaran Copa del Rey,10 gelaran Piala Super Sepanyol,4 gelaran Liga Juara-juara Eropah,4 gelaran Piala UEFA dan 4 gelaran Piala Super Eropah.Barcelona juga merupakan kelab paling berjaya di Sepanyol selain Real Madrid.


5. Manchester United
Manchester United atau lebih dikenali sebagai MU telah ditubuhkan pada tahun 1878.MU berjaya memenangi 19 trofi juara EPL,3 Liga Juara-juara Eropah dan Piala FA sebanyak 11 kali.Pada tahun 2008,MU berjaya menjadi kelab England pertama yang menjadi juara dunia antara kelab FIFA.

6. Liverpool
Liverpool ditubuhkan pada tahun 1892.Liverpool merupakan kelab paling berjaya dalam sejarah bola sepak England dimana kelab ini berjaya memenangi 5 trofi Liga Juara-juara Eropah,18 gelaran juara EPL,7 Piala FA dan 7 kali juara piala liga.

7. Arsenal
Arsenal telah ditubuhkan pada tahun 1886.Arsenal berjaya memenangi 13 juara EPL,10 juara Piala FA dan 7 kali juara piala liga.

8. Bayern Munich
Bayern Munich telah ditubuhkan pada tahun 1900.Bayern Munich merupakan kelab paling berjaya dalam bola sepak Jerman.Kelab ini berjaya memenangi 21 kejuaraan Bundes Liga dan 4 Liga Juara-juara Eropah.

Wednesday 30 May 2012

Sejarah Ringkas Titanic




Titanic merupakan kapal yang kedua dari tiga kapal penumpang yang bertujuan mengawal perniagaan perjalanan merentasi Lautan Atlantik.Kapal ini dimiliki oleh White Star Line dan dibina di limbungan Harland and Wolff, Titanic merupakan kapal wap penumpang terbesar di dunia pada masa pelancarannya. Semasa pelayaran pertama, Titanic telah berlanggar dengan aisberg pada jam 11:40 malam (waktu kapal) pada pagi Ahad 14 April 1912, dan tenggelam sepenuhnya dalam tempoh dua jam empat puluh minit kemudian iaitu pada jam 2:20 pagi Isnin.
Bencana tersebut mengakibatkan kematian lebih 1,500 orang, menjadikannya sebagai bencana laut terburuk didunia dalam sejarah dan paling termashyur sehingga kini.Titanic dilengkapi dengan teknologi paling maju pada masa itu dan orang awam percaya bahawa ia “tidak mungkin tenggelam”. Peristiwa tersebut amat mengejutkan bagi seluruh penduduk didunia bahawa walaupun dengan teknologi moden dan anak kapal yang berpengalaman, Titanic masih tenggelam dengan jumlah kematian yang tinggi. Keghairahan media awam mengenai mangsa terkenal Titanic, legenda mengenai apa yang berlaku di atas kapal, mengakibatkan undang-undang laut ditukar, dan penemuan bangkai kapal pada 1985 oleh pasukan yang diketuai oleh Jean-Louis Michel dan Robert Ballard menjadikan Titanic kekal terkenal pada tahun-tahun berikutnya.