1. David Beckham (England)
Nilai bersih AS$219 Juta (RM663 Juta) Kelab Sekarang Los Angeles Galaxy (Amerika Syarikat) Perjanjian sokongannya dengan Adidas merupakan yang terbesar dalam sukan hail royalti daripada pakaian dan perkakasan bola sepak disamping jenama gaya hidup seperti ObyO. Dia juga menandatangani perjanjian dengan Samsung untuk menjadi duta jenama antarabangsanya.
2. Cristiano Ronaldo (Portugal)
Nila bersih AS$160 Juta (RM484 Juta) Kelab sekarang Real Madrid (Sepanyol) Menggunakan laman sosial untuk mengembangkan jenamaya. Dengan 26 juta peminat Facebook, dua kali ganda daripada mana-mana pemain atlet lain dan 3 juta pengikut Twitter, mencipta daya tarikan buat penaja seperti Nike, Armani, Coca Cola dan Castrol.
3. Lionel Messi (Argentina)
Nilai bersih AS$110 Juta (RM333 Juta) Kelab sekarangBarcelona (Sepanyol) Dengan pendapatan tahunan AS$16 juta (RM 48 juta), dia baru-baru ini menjalinkan sokongan penajaan dengan Adidas, PepsiCo, Konami, Audemars Piguet, Chery dan AirEuropa. Gelaran pemain Terbaik Dunia miliknya, mulai menjelmakan pelbagai peluang penajaan.
4. Kaka (Brazil)
Nilai bersih AS$100 Juta (RM300 Juta) Kelab sekarang Real Madrid (Sepanyol) pemain bersikap sederhana Brazil ini tampil pada kulit depan permainan video EA Sports FIFA Soccer II. Francais FIFA itu telah terjual 100 juta unit sekali gus menjadi antara permainan paling popular keluaran syarikat EA Sports.
5. Ronaldinho (Brazil)
Nilai bersih AS$90 Juta (RM272 Juta) Kelab sekarang Flamengo (Brazil) Kelab Flamengo Brazil mengambilnya sebagai bekas Pemain Terbaik Dunia dua kali ini dengan satu perjanjian yang bertempoh sehingga 2014.
6. Thierry Henry (Perancis)
Nilai bersih AS$60 Juta (RM181 Juta) Kelab sekarang New York Red Bulls (Amerika Syarikat) / Arsenal (England)(pinjaman)Biarpun perjanjian penajaan pemain Perancis berusia 34 tahun ini dengan Gillette berakhir dua tahun lalu, dia kemudian membeli sebuah apartmen di New York City yang berharga AS$14.9 juta (RM45 juta) selepas berpindah ke MLS, tahun yang sama.
7. Wayne Rooney (England)
Nilai bersih AS$59 Juta (RM178 Juta) Kelab sekarangManchester United (England) Daripada menjadi rebutan penaja, dia menerima padah gara-gara sikap buruk di West Ham, tahun lalu sehingga kehilangan kontrak Coca-Cola bernila 600,000 pound (RM2.86 juta) setahun. Dia bagaimanapun mengikat perjanjian lima tahun di Old Trafford yang bernilai 8 juta pound (RM38 juta) setahun sekali gus melonjakkannya mengatasi pemain lain England.
8. Frank Lampard (England)
Nilai bersih AS$43 Juta (RM130 Juta) Kelab sekarang Chelsea (England) Pemain tengah England yang sukar merebut kesebelasan utamaThe Blues dibawah pengurusanbaru AndresVillas-Boas ini, beroleh gaji AS$11 juta (RM33 juta) sebagai pemain profesional.
9. Zlatan Ibrahimovic (Sweden)
Nilai bersih AS$43 Juta (RM130 Juta) Kelab sekarang Ac Milan (Itali) Pada musim panas 2009, dia berpindah ke Barcelona dengan 69 juta euro (RM275 juta), yuran perpindahan kedua tertinggi dalam sejarah bola sepak, namun hayat kariernya di kelab Sepanyol itu singkat dan terpaksa kembali ke Series A Itali musim berikutnya dengan nilai perpindahan 24 juta euro (RM95 juta). Pada musim luruh 2007, dengan bantuan Nike, dia membiayai pembinaan padang bola sepak baru dekat bandar halamannya, Rosengard yang dilengkapi pelbagai kemudahan.
10. Samuel Eto'o (Cameroon)
Nilai bersih AS$40 Juta (RM121 Juta) Kelab sekarang FC Anzhi Makhachkala (Rusia) Sepanjang tahun lalu, penyerang Cameroon ini sudah menambat Puma dan Ford sebagai penajanya. Pemain Terbaik Afrika empat kali ini menyertai Kelab Rusia itu dari AC Milan dengan perjanjian tiga tahun dan gaji tahunan, AS$28.8 juta (RM87 juta) serta yuran perpindahan, (RM117 juta)
No comments:
Post a Comment